Tuesday, August 10, 2010

Belajar dari 5 Nabi

Tolong copy-paste ayat-ayat Kak Teh :)
---------------------

Dear Sisters,

Pernah dengar tentang 'Belajar dari 5 Nabi'?

Tazkirah untuk hari ini..

Siapa 5 Nabi tu? Kenapa kena belajar dari mereka? Apa yang penting sangat?

5 Nabi tu, tak lain dan tak bukan adalah 5 rasul ulul azmi. Dinamakan ulul azmi sudah tentulah kerana rasul-rasul ini telah mendapat tentangan yang paling hebat dalam tempoh dakwah mereka lalu mereka tetap tidak berputus asa. Kenapa penting? Sebab, kalau kita ada apa yang kelima-lima rasul ni ada, insyaAllah kita tak kan jatuh lagi. Sebab dengan adanya sifat-sifat itu, maka jadilah kita dai'e yang berjaya. Ahli Badar, kata orang. Sebab mereka yang pergi ke medan Badar, semuanya hebat-hebat. :)

1. Nabi Nuh A.S. - Istiqamah.
Selalu kita dengar dalam usrah, baca dalam kitab. Bagaimana Nabi Nuh berdakwah siang malam selama 950 tahun tapi orang yang ikut baginda berapa kerat je. Ada yang kata tak sampai 10. Ada yang kata tak sampai 20. Wallahu'alam. Tapi yang penting, tak adalah ramai sangat macam rakyat Malaysia ni. Lepas tu, usaha Nabi Nuh bina kapal pun kena cerca. Siap diberakkan lagi. Kena ketawa jangan cakaplah. Semua orang pun ketawakan baginda. Tsk3.. Tapi baginda tak putus asa. Istiqamah selama hampir 1 abad. Kita 1 minggu pun rasa nk menangis je bila anak-anak usrah tak datang usrah/program. Oh!

2. Nabi Ibrahim A.S. - Pengorbanan.
Ha, ini popular ni. Kalau tataw cerita ni, jangan sambut hari raya korban okey!
Jadi, belajarlah dari pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap keluarganya. Pengorbanan Baginda yang diperintah keluar beribadat tatkala anaknya, Ismail masih kecil. Pengorbanan baginda menyembelih anaknya, Ismail. Ingat, yang dikorbankan itu bukan haiwan, tapi manusia. Bukan sembarangan manusia, tapi anak sendiri. Bukan setakat anak sendiri, tapi satu-satunya anak yang baginda ada!
Oh! Kalau kita, nak bagi pinjam kereta pergi berprogram, berapa kerat yang beri dengan keikhlasan hati yang paling tinggi?

3. Nabi Musa A.S. - Hikmah.
Nabi Musa diturunkan kepada Firaun. Apa dahsyatnya firaun ni? Firaun ni lebih dahsyat dari syaitan sebab dia mengaku dia Tuhan! Sejahat-jahat iblis, tak pernah pulak dia mengaku dia tuhan. Firaun ni kira dah paling dahsyat la di zamannya. Tapi Nabi Musa tidak berdakwah ikut cara Firaun yang kasar. Allah suruh Nabi Musa berdakwah dengan berlemah lembut. Lemah lembut kat sini maksudnya berhikmah. Walaupun firaun tak masuk Islam dan mati sia2 ditelan laut mati lalu menjadi petroleum, para pengikutnya yang ahli sihir tu berbondong-bondong menjadi pengikut Nabi Musa sebab terkesan dengan cara baginda.

4. Nabi Isa A.S. - Zuhud.
Zuhud. Nabi Isa adalah Nabi yang tak ada rumah, tak ada harta, tak ada isteri, tak ada anak, tak ada waris dan tak ada BAPA. apa lagi nak dikata? kita, semua ada..(oh..kecuali bab isteri/suami, dan anak tu la..)
sifat zuhud membuang sombong dalam diri.

5. Nabi Muhammad S.A.W. - Sabar.
Rasullullah adalah manusia paling sabar. Bila kena musibah, baginda bersabar. Bila penduduk taif baling batu pada baginda, Malaikat Jibril dah volunteer dah nak terbalikkan bumi taif. Tapi Rasulullah halang. Rasulullah tetap bersabar. Bila Rasulullah dicerca dan dibaling dengan najis oleh jirannya yang buta, baginda tetap bersabar. malah boleh suapkan lelaki yahudi itu makan lagi.

Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…Dan..SABAR itu sebahagian daripada iman..



Lastly, sama-samalah kita belajar daripada sifat-sifat terpuji Rasul-rasul Ulul Azmi ni..insyaAllah kita dapat kenal diri kita. Adakah kita seorang dai'e yang baik..atau kitalah yang perlu didakwahkan?

Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal~ cewah!

Saturday, May 15, 2010

Daily Tazkirah for The Soul: Apa Erti Hidup Tanpa Tuhan?


Fatih - Ikan, Laron dan Semut

Aku senang, aku senang

Tapi bingung, aku bingung

Aku senang, aku senang

Tapi heran, aku heran


Dan aku pun bertanya
Pada semua ikan di kolam

Tiadakah kau bosan, disitu

Dan dia pun menjawab, tiada bosan

Walau berada di tempat sekecil ini

Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku


Dan aku pun bertanya

Pada laron-laron berterbangan

Kenapa kau hidup semalam

Dan ia pun menjawab, tiada tersiap

Walau hanya semalam aku hidup di dunia

Karna dalam semalam
aku hidup, ku sebut Tuhanku

Dan aku pun bertanya

Pada semut-semut di sarangnya
Tidakkah kau merasa lelah bekerja

Dan dia pun menjawab, tiada lelah

Walau sepanjang hidup aku terus bekerja

Karna setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku


Dan ikan pun menjawab, tiada bosan

Walau berada di tempat sekecil ini

Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku

Dan laron pun menjawab, tiada tersiap

Walau hanya semalam aku hidup di dunia

Karna dalam semalam, aku hidup, ku sebut Tuhanku

Dan semut pun menjawab, tiada lelah

Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,

Karna setiap saat, dalam bekerja, bersama Tuhanku


Dan aku bertanya, pada jiwaku

Sejauh apa hidup tanpa Tuhanmu

Dan aku bertanya, pada hatiku

Sedalam (selama) apa hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku

Sekeras apa kerja tanpa Tuhanmu


"kita hidup untuk ... mati dan hidup seterusnya"

Thursday, May 6, 2010

Daily Tazkirah for The Soul: Ilmu dalam Iman


Pernah tak terfikir apa makhluk pertama yang diciptakan Allah? Adakah Nabi Adam? Atau alam semesta atau malaikat?

Dari Ubadah bin As-Somith RA bahawa Nabi SAW bersabda: Bahawasanya awal2 benda yang dijadikan oleh Allah adalah Qalam (pena). Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepadanya supaya menulis dengan firmanNya: "Tulis olehmu." Berkatalah Qalam: "Apakah yang aku hendak tulis?" Firman Allah SWT: "Tulislah segala kejadian yang akan berlaku." Maka, menulislah oleh Qalam segala kejadian yang akan berlaku selama-lamanya. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Tapi, kenapa Qalam? Bukan tu je, wahyu pertama yang diutuskan pula berkenaan apa?

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq:1-5)

Suruhan membaca. Selain tu, apa yang pertama sekali diajar kepada Nabi Adam setelah baginda diciptakan?

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. (Al-Baqarah:31-33)

Nabi Adam diajar tentang bahasa. Pernah terfikir, kenapa Allah selalu menitik beratkan ilmu? Kali ni, kita renung tentang sifat kita sebagai seorang Muslim berdasarkan firman Allah:

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Ali Imran:79)



Rabbani itu seperti semangat yang bersungguh2. Bersungguh2 untuk mempelajari kitab Allah dan mengajarkannya.

Ciri utama yang harus pada seorang Muslim yang rabbani adalah `alim (berilmu). Macam mana kita nak tahu kita dah tercapai ciri ni? Kita mestilah:
  • sentiasa menggunakan masa untuk belajar
  • ambil peluang untuk belajar dari pemerhatian sekeliling
Yang paling penting sekali, sedarlah:
"Iman haruslah didasari dengan ilmu bukan dengan ketakjuban kepada mukjizat."

Ok, flashback Sirah Nabi SAW:

Dari Atha’ bin Abu Rabbah, dia berkata: "Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku: 'Mahukah ku tunjukkan kepadamu seorang wanita penghuni syurga?' Aku menjawab: 'Ya.' Dia berkata: 'Wanita berkulit hitam itu pernah mendatangi Nabi SAW, seraya berkata: 'Sesungguhnya aku sakit ayan dan terbuka. Maka berdoalah bagi diriku.' Beliau berkata: 'Apabila engkau menghendaki, maka engkau bisa bersabar dan bagimu adalah syurga. Dan apabila engkau menghendaki bisa berdo’a sendiri kepada Allah sehingga Dia memberimu sembuh.' Lalu wanita itu berkata: 'Aku akan bersabar.' Wanita itu berkata lagi: 'Sesungguhnya terbuka. Maka berdo’alah kepada Allah bagi diriku agar tidak terbuka.' Maka beliau pun berdoa bagi wanita tersebut."

Ingat lagi, waktu zaman Nabi Isa AS? Orang2 yang buta, lumpuh dan sopak mampu je disembuhkan oleh Nabi Isa AS, macam tu je. Kenapa Nabi SAW tak buat macam tu jugak? Ketika zaman Nabi Musa AS pulak, hebatnya mukjizat Nabi Musa AS sampai terbelah lautan. Nabi SAW pun pernah membelah bulan kepada dua. Tapi, kenapa Nabi SAW tak tunjukkan sekali kehebatannya pada wanita berkulit hitam ni betapa hebatnya Allah mengabulkan doa Nabi SAW?

Hikmahnya adalah kerana Nabi SAW ingin membina iman umatnya didasari dengan ilmu dan faham. Supaya wanita berkulit hitam ini dapat memahami bahawa dengan keyakinan dengan janji Allah melalui sabar - dapat menguatkan imannya, terus menempa tempat di syurga, masyaAllah.

Kita selalu diajar untuk belajar dan menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Sekali-sekala pernah tak terasa "Wahhh, penatnya nak belajar... Boleh pecah kepala otak..."? Bisikan2 syaitan untuk melengah2kan usaha mulia ni makin kuat bila dah nak hujung sem :P

Kena ingat, tabiat berilmu itu bersusah payah. Walaupun bersusah payah, tapi kita bergerak ke atas. Bukan ke tu yang terbaik? :) Walau bagaimanapun, tabiat jahil adalah bersenang lenang. Bila hidup kita enjoy je, cepat2 sedarkan diri sebab kita sebenarnya tengah menjunam ke bawah - ke dalam kehancuran diri sendiri!


"Apabila pengetahuan seseorang Muslim tentang Islam sama bodohnya dengan pengetahuan seorang kafir tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan perbuatan2 yang dilakukan seorang kafir, maka bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada seorang kafir? (Buku 'Manhaj Hidup Muslim' oleh Syed Qutb dan Abu'l A'la Al-Maududi)


(Sharing dari Daurah 'Rabbani' oleh Ustaz Salim A. Fillah dari Jawa)

Monday, March 1, 2010

Daily Tazkirah For The Soul: Doa


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


Ya Allah! Tiada yang mudah kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesedihan itu (lenyap), apabila Engkau hendak jadikannya mudah.

(berdasarkan hadis sahih riwayat Ibnu Hibban.)

Sunday, February 21, 2010

Buku: Love in a Headscarf oleh Shelina Zahra Janmohamed

Tajuk: Love in a Headscarf
Penulis: Shelina Zahra Janmohamed

Disyorkan untuk:
Semua muslimah - tak kira sudah, belum, akan atau tak nak berkahwin :P buku ni adalah tentang erti agama dan cinta.

Kisah yang dipaparkan adalah kisah benar tentang perjalanan penulis melalui detik2 pahit manis untuk mendirikan Baitul Muslim (Keluarga Muslim). Kalau dihayati (memang korang akan, insyaAllah :) ), korang akan rasa bersemangatnya penulis ni nak tegakkan sunnah RasuluLlah SAW. Bagi yang sudah berkahwin, mesti akan terkenang kembali macam mana rasanya melalui proses ni. Bagi yang belum atau akan berkahwin pulak, korang akan dapat kekuatan untuk bersabar dari catatan penulis. Sepanjang cerita, penulis ada melalui lebih dari 10 proses ta'aruf (pengenalan dengan calon pasangan). Bagi Husna, tu terlampau banyak! Tapi dia masih kuat dan tekad nak teruskan mencari. Walau bagaimanapun, bagi yang ada perasaan tak senang untuk bicara soal kahwin (ye, mungkin anda orangnya! ;) ), cuba paksa diri untuk mendalami coretan cinta penulis ni. Ia akan mengubah persepsi anda. Semoga berjaya!

Cerita ni bermula dengan tafsiran cinta oleh umum. Coretan penulis bermula dengan pengenalannya dengan calon suami pertama seawal umur 19 tahun, budaya masyarakat Asia Tengah. Penulis bersetuju untuk mengikut proses perkahwinan yang disusun oleh orang tengah, satu keputusan yang semakin kurang diminati oleh wanita zaman sekarang. Mungkin kerana niat ikhlasnya, Allah nak uji kekuatan iman penulis dengan cabaran demi cabaran setiap kali berjumpa dengan setiap bakal suaminya. Selepas berkali2 ditolak/menolak, akhirnya penulis ke Timur Tengah untuk menenangkan jiwanya. Di sanalah penulis mendapat hidayah Allah. Untuk pengakhiran cerita ni, korang akan tersentuh macam mana Allah takdirkan setiap kisah cinta seseorang. Kejayaan adalah perjalanan, bukan destinasi~ Selain dari tu, penulis ada jugak cerita macam mana cabarannya menjadi seorang muslimah British dan kepentingannya faham setiap tuntutan agama. Sebab dari situ, baru kita akan lihat keindahan Islam dan kehebatan syariat.

Apa yang disukai:
Ni buku yang terbaik yang Husna pernah baca yang mendefinisikan erti sebenar cinta dan agama yang kita cari. Kita selalu tenggelam dengan masalah hati dan akur dengan bisikan2 nafsu tapi sebenarnya hati kita memanggil2 cinta Allah, bukan cinta makhluk. SubahanaLlah! Sangat indah bila Allah SWT susun untuk penulis yang dia hanya akan jumpa calon suaminya bila dia betul2 kenal erti cinta kepada Allah. Jadi kepada anda yang masih tercari2, carilah dulu cinta Allah dengan ubudiyyah kepadaNya. Mungkin perlu explorasi jiwa ;)

Apa yang tak disukai:
Ada beberapa bahagian yang agak panjang penerangan dia, Husna tak dapat hadam apa yang penulis nak cuba sampaikan, huhu. Tu jelah.

Kata-kata menarik:
m/s 26
The Aunties asked, what would make knowing someone for 3 years rather than 3 intense meetings a better match? It was hard to disagree with them on this point ... The first offered danger, exclusion, risk, a defying of convention. The latter had been proven out by history and offered respectability, a place in society and a recognition of status and worth.

m/s 53
'When you first meet, he does his hair all slicked back and puts on his best aftershave. And she puts on makeup and smells oh-so-good. And you are both on your best behaviour, relaxed and showing only your good sides. And you both think "Aah! I'm in love", "he is so wonderful", "she is the one". Only when you wake up in the morning and you smell his breath and you see her with her hair standing on end like a jinn, only then can you know what love is.'

m/s 56
This love, mawaddah, was reserved for those in a comitted relationship and was a special gift for those who made that commitment.

m/s 59
'How you know he's the one' - Personality, quality of character and faith in God are key. That way you know they will always treat you right.

m/s 75
I needed a partner to acccompany me on this journey, and if I was to have a travelling companion, he would need to share the same map as me. How else would we journey on the same path?

I often thought this was why the Quran was composed of poetry and poetic prose. Poetry is designed to inspire love, and Islam is about falling in love with the Creator of the Universe.

m/s 91
I'm only asking for something good, someone to be with and love, someone who will love me and bring me closer to You. Am I not ready to be married yet? Are there more things I need to learn? Or is my Prince not ready for me yet? What are those things I need to know, to experience before I find the one who will complete my soul?

m/s 92
The idea of marrying for the sake of social acceptability and status was slowly bleeding out of our system. This was sometimes misconstrued as rejecting marriage, rejecting culture, rejecting men. But this was far from the truth. We were still besotted with getting married but not for the title or status; instead it was far for companionship and love.

m/s 108
'You must look after your husband. I know people have different ideas today, but if you look after him, then he will look after you, remember that, even when it feels hard, even when you don't get what you want. Remember to say sorry, even if it not your fault. In fifty years time, who will remember if it was your mistake or his? You're on the same side, so does it matter if you apologise and he made the mistake? What he will remember is that he had a wife who loved him, and who he still cares about after so many years.'

m/s 133
You have to know where you've come from to know where you are going.

m/s 156
Wearing a headscarf didn't mean denying your physical femininity, it just meant celebrating it in the private sphere.

m/s 168
If someone was tied to literal or cultural ideas about Islam and being Muslim then we would never be able to improve the status quo. Instead, we had to create new possibilities, and to do that I needed someone who was magical enough to free himself of the preconceptions that held all of us back.

m/s 176
'If they really wanted me to stop wearing hijab, which they agree is something that a Muslim woman should do, then I think you should tell them that I will be happy to do so if they will take the responsibility of e giving up my prayers and my fasting in Ramadhan for a year as well.'

m/s 179
Just because that was how it had always been, it didn't mean that was how it would be.

m/s 184
Love was the spark that ignited the soul and love was also what sustained it.

m/s 192
We believed Islam held simple answers to the big questions of being a human being. It stated from a basic premise: that there is no god. Nothing except one unified divine entry. Some called it Nirvana. Some called it Enlightenment. Some called it Truth, or Justice, Yahweh, God or Love. As a Muslim, the Divine Being had all these names but was most commonly called Allah.

We had chosen Islam because we felt it made us free as human beings. We had chosen to be Muslims, not blindly, but because to us it made sense.

m/s 196
That is why romantic love seems so fulfilling to start with, because it reaches for another, deeper love. And that is why romantic love feels so empty as it run its course unless it is replaced by a more profound long-lasting love.

The desert needed the sky and the sky needed the desert, but they both had to be what they were themselves and not try to be the other. Each was beautiful in its own existence, but when connected together, they created a new holistic meaning.

m/s 197
Why faith was trying to tell me that if I found love for Him, that would create the love I searched for in a person.

(abridged from the Quranic verse) ... He created a pair for you ... I was ready.

m/s 199
God is Greater than anything you can imagine. Imagine anything and Allah is Greater, because anything you can imagine is imaginable only within the limits of your mind. God created mind. The Divine created your imagination. God was not limited. and could not be comprehended within the constraints of the mind.

m/s 200
Islamic wisdom stated the following: 'God cannot be contained anywhere in the universe, except in the heart of the believer.'

m/s 206
Someone who speaks from experience creates a resonance that someone who speaks only from book knowledge will never achieve ... That's why they say "practise what you preach" because that is the only way to have an impact.

m/s 216
A rejection would hurt but at least go away in the knowledge I had tried. I would have to find a way to recover from having been so close to the husband I had been searching for and then being turned away.

m/s 222
The fussy crow turns his nose up at the rich pickings and ends up sitting on the pile of dung.

m/s 249
I started to take an interest in people simply for who they were. Each person was a delicious moment to be savoured with respect for their humanity. There was no need to assess them as a potential suitor; instead I was more interested in seeing them as a window to a new world. I enjoyed getting to know people as human beings.

m/s 250
If the Divine could not be contained by the universe but was to be found in the heart of the human being, wasn't that the place to look for the Divine spark?

m/s 251
When science and the need to prove everything through fact alone dictated our social mores, it was most incredible that the least tangible, manageable or definable quality - Love - was the thing that created most tension, most excitement and most human togetherness.

m/s 253
In our rush to find perfect fairytale love, we seem to have forgotten that kind of gentle, unhurried love that grows over time and requires careful nurturing. Love reduced to romance is flighty and unfulfilling, and it has left us insecure, unnourished and unwhole. It only feeds our surface needs, not the inner hunger for a long term, stable, fulfilling love.


"ma'rifatuLlah - tak kenal [Allah], maka tak cinta [Allah]"


p/s: thanx to KakTeh and the whole gang who helped make this dream (getting my hands on this book) a reality :)

Saturday, February 20, 2010

Daily Tazkirah for The Soul: Jaga Nikmat Mata


Tazakka - Jangan Ambil Penglihatanku

Indahnya dunia dapat ku memandangnya
Syukur tlah Kau beri penglihatanku ini
Walaupun terkadang dosa mengundang mata
Trus merasukiku untuk melupakanMu
Mengganti kaji ayatMu dengan dosa kesenangan sementara
Kumemohon kepadaMu jangan ambil penglihatanku
Hitam kelam hanya gelap yang akan bertandang
Untuk yang kesekian kali berikan kesempatan lagi
Masih ingin aku melihat kebesaranMu
Allah jangan ambil penglihatanku

Puisi:
Ketika mata yang memandang dunia
Mulai memudar buram menuju hitam
Siapkah kita menerima semua karena gelap keabadian akan menyapa
Apakah kita akan lakukan yang terbaik karena sebentar lagi cahaya tak lagi bicara
Hanya kenangan di kepala tentang merah, biru, kuning yang tersisa
Dan akhirnya semua terlupa



Kanak-kanak membaca Al-Quran dalam tulisan Braille

"Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" (51:20-21)


"Jagalah pandangan mata - agar diberi kemantapan jiwa"

Thursday, February 11, 2010

Daily Tazkirah For The Soul: Cinta Allah


Angah shared something with me. Shared by her friend.

Cinta Allah boleh diperoleh dari 2 cara:
  • Apabila kita kecewa dengan cinta manusia
  • Apabila kita jatuh cinta dengan manusia yang beriman denganNya
I guess this is what I can concluded after reading Love In A Headscarf. 

Tuesday, February 2, 2010

Daily Tazkirah for The Soul: Bersujudlah

BismiLlahirrahmanirrahim


Apakah kamu merasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan menjungkir balikkan bumi ketika ia bergoncang? (67:16)


Atau apakah kamu merasa aman bahwa Dia yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku. (67:17)


Atau siapakah dia yang menjadi tentera bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah Yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu hanyalah dalam keadaan tertipu. (67:20)



Atau siapakah dia ini yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Sebenarnya mereka terus-menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri dari kebenaran. (67:21)


Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (67:23)


Daripada Aisyah RadhiaLlahu 'Anha berkata:Bahawasanya Nabi SAW mengerjakan sembahyang di sepertiga malam (bertahajjud) sehingga bengkak kakinya, maka aku pun berkata kepada baginda: "Mengapa engkau melakukan begini, wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah diampunkan segala dosa yang terdahulu dan akan datang?" Maka Nabi SAW bersabda:"Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Monday, February 1, 2010

Sharing: SamPel 2010 (Part 2 - End)

Selamat masuk bulan Februari! Sekejap je dah habis sebulan untuk tahun 2010. Cepatnya masa berlalu ya. -__-!

Amal kita bagaimana, ada peningkatan? Adakah hari ini lebih baik dari semalam atau semalam lebih baik dari hari ini? Renung-renungkan ya!

Entry kali ini, saya mahu menceritakan apa yang kami lakukan untuk hari kedua SamPel. Apa yang menarik? Jom kita sambung sharing SamPel yang diadakan tempoh hari!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Baitul Izzah penuh! Kasut bersusun di hadapan pintu. Along mengira pasang kasut di luar. Ada 30 semuanya.

Jam 4.30 pagi dan mereka masih diulit mimpi.

Along mengejut mereka satu persatu. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Mahu menempah tiket di dalam syurga seperti firman Tuhan dalam surah az-Zariyat ayat 15-18:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). 

 Alhamdulillah, jam 5 pagi mereka sudah memulakan solat sunat yang pertama. 

Qiamullail jama'ie

Selepas mendirikan solat sunat dan solat subuh secara berjemaah, kami meneruskan aktiviti dengan penyampaian tazkirah oleh Cik Syahira mengenai sahabat Nabi iaitu 'Adi bin Hatim ath-Tho'ie.

Penyampaian tazkirah Subuh

30 minit selepas 7, masing-masing bersiap untuk bergerak ke Taman Tasik UTP. Mereka berjalan kaki beramai-ramai sambil membacakan ma'thurat. Menarik sungguh ya!

Mungkin bagi yang tidak cergas, berjalan kaki dari Desasiswa 5 (yang di hujung dunia itu) ke Taman Tasik UTP adalah suatu siksaan. Jauh. Tapi, itulah perlunya kita mempunyai tubuh badan yang kuat atau jasmani yang cergas supaya kita sentiasa bersedia menghadapi rintangan secara fizikal. Anda sudah khatam 10 muwasofat tarbiyah? 

30 minit perjalanan berjalan kaki, mereka sampai di Taman Tasik UTP. Barisan diatur untuk aktiviti pertama - aerobik. Aerobik dikendalikan oleh Cik Syue dan Cik Amirah yang berjaya menarik minat peserta dengan tarian Tommy atau Tommy Dance

Aktiviti diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan untuk Treasure Hunt. Terdapat 7 check point untuk dicari dan terdapat soalan yang perlu diselesaikan di setiap check point itu. Treasure Hunt yang bermula jam 9 pagi tamat lebih kurang jam 11 pagi. Jauh juga mereka mahu berpusing dari tempat letak kereta (berdekatan guard house) sehingga ke cafe v6.

Kumpulan pertama yang tiba di check point kedua terakhir

Menjawab soalan di check point

Sangat penat! Saya sebagai runner yang berrolerblade pun penat bergerak dari hujung ke hujung. Alhamdulillah, check points ini telah menjadi tempat mereka untuk menambahkan ilmu kerana soalan yang dikemukakan berkisar mengenai Sirah Rasulullah dan al-Quran itu sendiri. Ada juga kumpulan yang bertanya soalan-soalan tajwid kepada check pointer. Boleh buka kelas quran sekejap pula! 

Kumpulan disoal mengenai praktikal tayammum oleh Ustazah

Check point terakhir adalah Ustazah yang sentiasa bergerak (menggunakan basikal). Jadi agak mencabar untuk mereka mencari Ustazah. Ada yang siap telefon Ustazah lagi tanya beliau di mana!

Selesai sudah treasure hunt dengan badan yang lesu dan muka yang penat, mereka diberi sarapan pagi (sarapan pagi lah sangat! huhu. Jam 11 baru makan).



Makan time!

Makan di dalam talam! Bukan kerana tidak ada pinggan tetapi, makan di dalam talam adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sambil makan, mereka dikehendaki membuat sedikit presentatsi berkenaan pengajaran yang mereka peroleh daripada cerita I Am Sam yang ditonton. Pengajaran yang diberikan oleh setiap kumpulan termasuk:
  1. Hubungan di antara anak dan ibu bapa: Walau bagaimanapun keadaan ibu bapa kita, kita wajib menghormati mereka. Contohnya, Lucy sentiasa menyayangi dan menghormati ayahnya yang mempunyai IQ kanak-kanak berumur 7 tahun.
  2. Kasih sayang tidak boleh dipersoalkan: Mahkamah dunia mempersoalkan kasih sayang Sam terhadap anaknya kerana meragui kemampuan Sam membahagiakan Lucy. Walhal yang sebenarnya berkasih sayang itu adalah fitrah manusia. Walaupun Sam tidak seperti ayah yang normal, dia tetap dapat mencurahkan kasih sayang yang cukup untuk Lucy.
  3. Friendship: Sam mempunyai kawan-kawan yang sama dengan dia. Tetapi, rakan-rakan ini tetap membantu Sam menjaga Lucy. Mereka membantu dari pelbagai segi seperti kewangan. Mereka berkongsi duit membeli kasut untuk Lucy walaupun mereka bukanlah golongan yang berada. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  4. Kemewahan: Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Anak peguam itu tidak gembira pun kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa walaupun diberi kemewahan materi. Sedangkan Lucy cukup gembira hidup dengan Sam walaupun pekerjaan Sam tidak menjamin kemewahan.
  5. Kebergantungan kepada Tuhan: Ketika Lucy diambil oleh social service, Sam bagai hilang punca. Tetapi dia tetap berkata "Oh God please help me O God!". Ini bermakna, dalam setiap apa sekalipun keadaan kita, kita perlu bergantung harap kepada Allah. Jangan pernah putus berdoa.
  6. Never give up: Sam tidak pernah menyerah kalah untuk mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas Lucy. Walupun terpaksa berkorban wang ringgit mencari peguam yang paling handal, dia tetap berusaha. Walaupun mempunyai kekangan dari segi mental, dia tetap berusaha.
Begitulah sedikit sebanyak pengajaran yang diberi oleh peserta-peserta SamPel berkenaan Movie I Am Sam

Sebelum SamPel 2010 melabuhkan tirai, penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang Treasure Hunt dan pemenang aktiviti ketika Iftar (menghafaz nama semua orang).

Along memberi pengajaran: Rasulullah pernah bersabda, jika kita mahu mengenali sahabat kita, kita perlu makan bersama, tidur bersama dan mengembara bersama. Alhamdulillah, itulah yang kami telah laksanakan sepanjang SamPel 2010 ini.

Majlis ditutup dengan ucapan daripada Ustazah dan sesi bergambar beramai-ramai!

Akhirulkalam, semoga ukhuwwah ini tidak berhenti setakat ini dan insyaAllah ketemu lagi di lain masa.

Wassalam

Saturday, January 30, 2010

Sharing: SamPel 2010 (Part 1)

This would be my first (and insyaAllah not the last) time sharing. I was in charge for SamPel (Sambutan Pelajar) 2010 since I am the Timbalan Ameerah while Cik Syamil helped me as she is the JK Pelapis.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Saya menanti ketibaan sahabat di Baitul Izzah. Cuma Along dan Cik Nola sahaja yang sudah tiba. Sambil menanti kehadiran sahabat yang lain, kami mengemas Baitul Izzah. Mengalihkan meja dan tikar supaya rumah comel ini dapat memuatkan lebih kurang 50 orang (pada perkiraan awal). 30 minit kemudian, Cik Farhin muncul dengan rice cooker di tangan.

"Wah! Siap bawak rice cooker. Comel. Warna pink lagi tu." Kata saya.

"Ni nasi yang kita masaklah. Termasak lebih tadi." Terang Cik Farhin.

Sebelum jam 7, ramailah sahabat yang sudah tiba antaranya Cik Hafsah, Cik Izzati, Cik Sakinah, Cik Syamil, dan Cik Syue yang sudah siap membawa makanan untuk aktiviti pertama kami - Iftar Jama'ie.

7.15 petang, 7 peserta pertama hadir. "Ini je ke?" Tanya Ustazah.

"Ini sahajalah yang saya dapat kumpulkan Ustazah. Yang lain kata tak dapat datang sekarang. Mungkin datang lewat sikit. Ada yang ada meeting lah." Terang Cik Madi, person in charge daripada kumpulan peserta.

"Hmm.. tak apalah. Masuk dulu."

Kami berkenalan dengan adik-adik yang baru sampai itu. Masing-masing teruja untuk mengikat tali ukhuwwah dengan perkenalan yang manis itu.


Sementara menanti waktu Maghrib, kami menghamparkan surat khabar sebagai pengganti saprah di ruang tamu untuk berbuka puasa. Walaupun hanya segelintir daripada kami yang berpuasa sunat, namun kesempatan dapat berbuka puasa bersama mereka yang berpuasa adalah sangat indah.

Usai azan maghrib, doa makan dibaca oleh Along sebelum masing-masing berbuka puasa.

 Berbuka puasa beramai-ramai

Sementara kami menikmati juadah berbuka puasa, sesi perkenalan diteruskan lagi dengan aktiviti menghafaz nama setiap peserta. 3 peserta terbaik dipilih sebagai pemenang kerana telah menghafaz nama kesemua yang hadir pada sesi iftar jama'ie itu.

Alhamdulillah, walaupun usia perkenalan belum pun sampai 1 jam, gelak ketawa setiap yang hadir telah merapatkan silaturrahim seperti kami telah berkawan 1 tahun. Indah,kan ukhuwwah islamiyah itu?

Penyampaian tazkirah

Aktiviti seterusnya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Cik Sakinah berkenaan dengan kisah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah Binti Abu Bakr. Tazkirah ini telah memberi banyak pengajaran antara lain yang disebut oleh peserta sendiri adalah seperti:
  1. Sifat sabar menghadapi ujian dan cabaran yang ditunjukkan oleh Saidatina Aisyah contohnya seperti ketika beliau difitnah selepas pulang dari perang Banu Musthalaq, beliau tetap bersabar menghadapi fitnah itu.
  2. Cemburu itu adalah sifat semulajadi orang perempuan. Hatta Saidatina Aisyah sendiri tidak lari daripada sifat ini sedangkan beliau adalah Ummul Mukminin. Pun begitu, sifat cemburu harus kena pada tempatnya. Cemburu yang baik adalah diharuskan seperti jika kita cemburukan sahabat yang dapat bangun solat tahajud, kita juga perlu berlumba-lumba mengejar kebaikan itu. Cemburu ini menjadi pendorong atau motivasi untuk kita menjadi insan yang lebih baik.
  3. Kebergantungan kepada Allah S.W.T merupakan ulasan terakhir yang dibuat oleh Ustazah. Walau bagaimanapun keadaan kita, kita perlu bergantung hanya kepada Allah dan mesti tetap berdoa. Contoh terdekat adalah kisah fitnah itu sendiri. Saidatina Aisyah hanya berdoa kepada Allah supaya namanya dibersihkan kerana beliau tidak berbuat apa-apa yang diperkatakan orang. Akhirnya nama beliau dibersihkan selepas turun wahyu daripada surah Nur ayat 11-16.
Sewaktu sesi tazkirah ini berlangsung, kelihatan semakin ramai peserta yang tiba. Alhamdulillah atas penambahan peserta untuk aktiviti seterusnya.

Usai solat Isya' jam 9.20, ruang solat dikemas untuk memberi laluan kepada aktiviti seterusnya - Movie Night. Comforter dihampar, bantal diletakkan, Muneer dipasang dan BenQ dihidupkan. Masing-masing mencari posisi terbaik untuk menikmati Movie yang bakal ditayangkan. Pun begitu, antiklimaks terjadi apabila sound system tiba-tiba merajuk. Dengan bantuan ikhwah yang sudi meminjamkan speaker yang lebih berkuasa tinggi, tayangan kami tidak lagi menjadi masalah. Jazakallahhu Khairan Katheera!

Tayangan yang ditonton adalah sebuah kisah bertajuk I Am Sam yang mengisahkan tentang seorang ayah yang kurang sempurna dari segi mental, berjuang untuk membesarkan anaknya. Untuk sinopsis, boleh klik sini.

I Am Sam

Tayangan tamat jam 12 tgh malam dan masing-masing terus melayari bahtera mimpi untuk bangun qiam jam 5 pagi. Ibarat barisan prajurit yang tersungkur syahid, semuanya tidur berhimpit dan tersusun dalam satu barisan.


Bersambung...