Thursday, May 6, 2010

Daily Tazkirah for The Soul: Ilmu dalam Iman


Pernah tak terfikir apa makhluk pertama yang diciptakan Allah? Adakah Nabi Adam? Atau alam semesta atau malaikat?

Dari Ubadah bin As-Somith RA bahawa Nabi SAW bersabda: Bahawasanya awal2 benda yang dijadikan oleh Allah adalah Qalam (pena). Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepadanya supaya menulis dengan firmanNya: "Tulis olehmu." Berkatalah Qalam: "Apakah yang aku hendak tulis?" Firman Allah SWT: "Tulislah segala kejadian yang akan berlaku." Maka, menulislah oleh Qalam segala kejadian yang akan berlaku selama-lamanya. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Tapi, kenapa Qalam? Bukan tu je, wahyu pertama yang diutuskan pula berkenaan apa?

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq:1-5)

Suruhan membaca. Selain tu, apa yang pertama sekali diajar kepada Nabi Adam setelah baginda diciptakan?

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. (Al-Baqarah:31-33)

Nabi Adam diajar tentang bahasa. Pernah terfikir, kenapa Allah selalu menitik beratkan ilmu? Kali ni, kita renung tentang sifat kita sebagai seorang Muslim berdasarkan firman Allah:

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Ali Imran:79)



Rabbani itu seperti semangat yang bersungguh2. Bersungguh2 untuk mempelajari kitab Allah dan mengajarkannya.

Ciri utama yang harus pada seorang Muslim yang rabbani adalah `alim (berilmu). Macam mana kita nak tahu kita dah tercapai ciri ni? Kita mestilah:
  • sentiasa menggunakan masa untuk belajar
  • ambil peluang untuk belajar dari pemerhatian sekeliling
Yang paling penting sekali, sedarlah:
"Iman haruslah didasari dengan ilmu bukan dengan ketakjuban kepada mukjizat."

Ok, flashback Sirah Nabi SAW:

Dari Atha’ bin Abu Rabbah, dia berkata: "Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku: 'Mahukah ku tunjukkan kepadamu seorang wanita penghuni syurga?' Aku menjawab: 'Ya.' Dia berkata: 'Wanita berkulit hitam itu pernah mendatangi Nabi SAW, seraya berkata: 'Sesungguhnya aku sakit ayan dan terbuka. Maka berdoalah bagi diriku.' Beliau berkata: 'Apabila engkau menghendaki, maka engkau bisa bersabar dan bagimu adalah syurga. Dan apabila engkau menghendaki bisa berdo’a sendiri kepada Allah sehingga Dia memberimu sembuh.' Lalu wanita itu berkata: 'Aku akan bersabar.' Wanita itu berkata lagi: 'Sesungguhnya terbuka. Maka berdo’alah kepada Allah bagi diriku agar tidak terbuka.' Maka beliau pun berdoa bagi wanita tersebut."

Ingat lagi, waktu zaman Nabi Isa AS? Orang2 yang buta, lumpuh dan sopak mampu je disembuhkan oleh Nabi Isa AS, macam tu je. Kenapa Nabi SAW tak buat macam tu jugak? Ketika zaman Nabi Musa AS pulak, hebatnya mukjizat Nabi Musa AS sampai terbelah lautan. Nabi SAW pun pernah membelah bulan kepada dua. Tapi, kenapa Nabi SAW tak tunjukkan sekali kehebatannya pada wanita berkulit hitam ni betapa hebatnya Allah mengabulkan doa Nabi SAW?

Hikmahnya adalah kerana Nabi SAW ingin membina iman umatnya didasari dengan ilmu dan faham. Supaya wanita berkulit hitam ini dapat memahami bahawa dengan keyakinan dengan janji Allah melalui sabar - dapat menguatkan imannya, terus menempa tempat di syurga, masyaAllah.

Kita selalu diajar untuk belajar dan menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Sekali-sekala pernah tak terasa "Wahhh, penatnya nak belajar... Boleh pecah kepala otak..."? Bisikan2 syaitan untuk melengah2kan usaha mulia ni makin kuat bila dah nak hujung sem :P

Kena ingat, tabiat berilmu itu bersusah payah. Walaupun bersusah payah, tapi kita bergerak ke atas. Bukan ke tu yang terbaik? :) Walau bagaimanapun, tabiat jahil adalah bersenang lenang. Bila hidup kita enjoy je, cepat2 sedarkan diri sebab kita sebenarnya tengah menjunam ke bawah - ke dalam kehancuran diri sendiri!


"Apabila pengetahuan seseorang Muslim tentang Islam sama bodohnya dengan pengetahuan seorang kafir tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan perbuatan2 yang dilakukan seorang kafir, maka bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada seorang kafir? (Buku 'Manhaj Hidup Muslim' oleh Syed Qutb dan Abu'l A'la Al-Maududi)


(Sharing dari Daurah 'Rabbani' oleh Ustaz Salim A. Fillah dari Jawa)

1 comments:

furaiah said...

Best!
Thanks angah
=)