BismiLlahirrahmanirrahim
Apakah kamu merasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan menjungkir balikkan bumi ketika ia bergoncang? (67:16)
Atau siapakah dia yang menjadi tentera bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah Yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu hanyalah dalam keadaan tertipu. (67:20)
Atau siapakah dia ini yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Sebenarnya mereka terus-menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri dari kebenaran. (67:21)
Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (67:23)Daripada Aisyah RadhiaLlahu 'Anha berkata:Bahawasanya Nabi SAW mengerjakan sembahyang di sepertiga malam (bertahajjud) sehingga bengkak kakinya, maka aku pun berkata kepada baginda: "Mengapa engkau melakukan begini, wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah diampunkan segala dosa yang terdahulu dan akan datang?" Maka Nabi SAW bersabda:"Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"



0 comments:
Post a Comment