Semoga sentiasa berada dalam nikmat kemanisan iman. alhamdulillah, bila kita berukhuwah...memang benar bertemu tidak jemu (walaupun jumpa byk kali mcm mane pun) dan berpisah tidak gelisah (sabar ye kakak2 yg tengah intern...22 minggu je lagi!).
Sudah seminggu lebih akhawat ada ala2 cemburu melihat (juga mendengar) keintiman ikhwah UTP bertemu mengerat ukhuwah tak kira masa. yang paling banyak sekali sesi lunch together. walaupun tidak terlibat sama terasa kemanisan aktiviti ukhuwah yang dilakukan itu. sambil makan sambil kenal-mengenali hati budi masing2.
Makanya dengan hati yang tekad beberapa orang akhawat UTP mengambil keputusan untuk dinner (makan malam, tapi waktu petang) bersama hari ini. sms dihantar kepada beberapa orang ahli usrah dan naqibah yang tinggal sekitar kampung Lima (baca: Village 5). "tapau makanan + air...jumpa di padang tengah block v5g, v5j, v5h, v5k pukul 6.30pm..kita makan picnic style" begitulah di antara ayat dalam sms yg dihantar.
Tiba2 jam 5.30 petang hujan turun menderu lebatnya siap dengan angin yang kuat lagi...terus sms project manager "hujan lebat la..macam mana ni"....doa dipanjatkan agar hujan berhenti sebelum pukul 6 petang. alhamdulillah....kira2 jam 6 petang hujan mulai reda. segera keluar dari bilik membeli makanan dan air...bergegas mengambil tikar dan menghampar tikar getah di atas rumput yang basah tu. ramai akhawat yang ingat plan dinner picnic-style ini telah dibatalkan lantaran hujan yang lebat sebelumnya...namun nyata kami tidak semudah itu menyerah kalah << sorry ayat ala2 dramatis dan hyperbola sedikit. sedikit demi sedikit akhirnya 8 orang akhawat berjaya duduk lutut bertemu lutut di atas dua hamparan tikar getah di tengah padang nan permai: rufaidah, farhin, filzah, nola, hafsah, izzati, maymunah, syamil. angin bertiup sepoi2 bahasa (sebenarnya ada gaya nk hujan lagi tu..tapi kami stay-put jgk...nak jayakan jugak rancangan pertama ini). beberapa orang student perempuan lain yang lalu di kiri kanan sempat memandang dengan pandangan pelik...cemburu melihat kami mungkin? :D
walaupun serba simple...terasa sungguh manis! =)
block V5G di belakang kami...block V5H di kiri...block V5K di kanan...dan block V5K di hadapan rasa selamat sikit nk buat kerja pelik2 kt tempat2 takde org ni
Pizza dah tinggal separuh..masa utk makan pie pula!
Kira2 jam 7.20 petang kami berhenti makan dan mula mengangkat tikar sebelum masuk ke Baitul Izzah (BIzz - rumah ustazah) untuk menunaikan fardhu maghrib berjemaah di samping bersalam, peluk dan cium dengan ahli usrah salsabila yang lain. insyaAllah rancangannya di masa akan datang aktiviti dinner picnic ini akan diteruskan lagi dengan penglibatan lebih ramai orang. diharapkan sharing ini dapat "menarik minat" lebih ramai lagi untuk turut serta di masa hadapan.yang sayang akhawat kerana Allah,
rufaidah mokhtar a.k.a along

