Thursday, December 31, 2009

PKN 09: When The Sisters Meet

Salam buat semua,

Lama sudah blog ini ditinggalkan sejak cuti semester bermula ya. Alhamdulillah walaupun sedang bercuti, bonda tidak lupa menitipkan kami dengan homework yang agak banyak :D
  1. Habiskan buku "Sifat Solat Nabi" oleh Syaikh 'Abdullah bin 'Abdurrahman al-Jibrin - insyaAllah sikit sahaja lagi.
  2. Tengok kesemua 50 bahagian "The Arrivals" di Youtube dan sediakan ringkasan dalam bentuk powerpoint untuk setiap bahagian - terasa berat juga ni...masih belum berkesempatan nak review (sebab dah pernah tengok cuti semester lepas) semula sebab laptop di rumah diconquer oleh adik2 buat masa ini.
Dalam masa cuti semester ini ZAG Sisters dapat ketemu melepas rindu sebanyak dua kali. Pertamanya semasa membantu di PPNWN 2009 di KISDAR, Kuala Kangsar pada 4-6 Disember lepas. Malangnya Kak Teh dan Angah tidak dapat turut serta tika itu. Pertemuan kedua semasa PKN 2009 di Masjid Umar al-Khattab, Bukit Damansara baru-baru ini pada 25-26 Disember merupakan pertemuan yang lebih manis. Mengapa? Kami dapat berkumpul seramai 12 orang akhawat KPerak: yang baru mula praktikal ketemu yang sudah hampir tamat tempoh praktikalnya ketemu yang belum praktikal lagi. Manis amat!

Alfi juga turut serta dalam pertemuan tersebut, makanya kami akhawat tak jemu2 bergambar dengan baju biru-hitam kami :)

Ini gambar kami berbaju biru-hitam mengada-ngada sarapan di tempat lain dari yang lain
dari kiri: K.Syamil, Along, K.Teh, K.May, Syu, K.Mira, K.Nola, K.Wani, Farhin

tiada dalam gambar: K.Una (sudah pulang), Angah (ambil makanan), Angahbaek (miss photographer)


Usai PKN 09 (terlalu panjang untuk diceritakan dalam ruang pendek ini, sharing PKN Along tulis di tempat lain ya), kami bersepuluh (Syu sudah pulang dijemput parentsnya) bergerak pulang dengan dua kereta kontijen KPerak. Kak Filzah, Along, Kak Asma' dan Kak Mira ke Ampang dan Kak Nola, Kak Syamil, Kak May, Kak Hannan, Kak Wani serta Farhin ke Kelana Jaya.

Sebelum bergerak menaiki LRT di Ampang (Kak Asma' + Along ke Plaza Rakyat dan Kak Mira dihantar Kak Filzah bersama adiknya, Luqman, ke Bandar Tasik Selatan sebelum menaiki KTM ke Hentian Putra), kami sempat bergambar yang diMMS khas buat bonda (tapi rasanya macam not delivered je).

bonda, harap gambar ini cukup buat melepas rindu ye ;)

Rasanya cukup buat kali ini. Along dah rindu Angah dan Kak Teh walaupun baru sahaja ketemu minggu lepas :( Harap kita dapat berkumpul kembali semasa Mukhayyam KPerak nanti. Wondering how would next semester be without those undergoing their internship...huhu.

Sesungguhnya bila ukhuwwah didasari iman keranaNya, bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah =)
Wassalamu'alaikum wrm wbt

p/s: errm..my malay is getting a little bit rusty. it's been some time since the last blog entry (here or in my own personal blog) was written in malay. entri ini mengambil masa yang agak lama untuk ditulis sebab banyak kali kena tukar ayat..hehe :D